When Im Sad, Im Being Happy Instead

Friday, 30 November 2012

Makan Free Dan Bersenam

Hye korang semua , jumpa lagi malam ni di malam yang begitu indah dan harmoni . Ditemani siulan angin Penang yang sangat mendebar kan . Haha . Padayappa ayat aku macam cerita lucah pulak :) .
Haa . nampak tak permainan dia macam mana ?
Haa . Nampak tak tajuk kat atas tu ? Makan free ? aku lah tu . haha .
Lepas makan bersenam , lepas bersenam makan . Elok sangat lah kan .
Oke , now nak cerita pasal makan free . You all tahu Foodcourt Delima ? alahh , foodcourt depan kolej aku . Mana nya korang nak tahu kan . haha .Oke , foodcourt ni sejak dari aku masuk lagi tak pernah nak bukaknya . Tak tahu kenapa . Mungkin adalah masalah dalaman yang aku sendiri tak nak tahu . Yang aku cuma tahu aku nak tempat makan yang dekat dengan tempat tidur aku . Senang nak memBELONkan diri lagi kan . :)
Hari ni aku dan kawan kawan dapat satu jemputan dan khabar yang menarik . Apa dia ? of course lah makan free . Terbaik lah pakcik foodcourt semua . Act , semua orang teruja dengan pembukaan foodcourt ni , almaklumlah lepas ni Delima ni jadi pusat pelajar pulak . Tak percaya ? Tengok ni . 
* Semut punya status . Ni je yang aku sempat tangkap . Sorry Muiz a.k.a Semut


* Pernah dengar Nasi Kandar Cahaya Pelita ? Tak sangka dalam UiTM Penang ada cawangan dia :)
Mula - mula aku tak tahu . Lepas tu balik dari kelas Arab petang tadi ada orang tahan depan Baiduri .

Kami pon apa lagi , dengan semangat membara , waja dan 1 Malaysia nya jalan punya laju pergi Delima . Makan free kan , siapa yang tak nak .
Haa , sampai sana , tengok Alang , Ida dengan Semut dah mendahului rupanya .
* Semut dengan Ida . Alang tak nampak .
Ayat Semut ' Aku budak lelaki batch satu yang 1st makan kat sini '

Tak boleh jadi diorang ni , mendahului aku . Kami pon apa lagi . Makan tak ingat apalah .
* Ulang balik , FREE kan . haha . 
Makin lama makin ramai yang datang .





* Ni semua budak batch aku . keterujaan kami dapat makan free :)

Yooo ! HAK MAKAN FREE HAK KAMI !

Lepas makan gang aku plan nak pergi jogging pulak . Biasa lah , dah makan free dan banyak pulak tu perlu lah kurang kan balikkan . hehe . Kami naik atas tukar baju then terus joging . 
* yang berjogging Sarah , Ain , Linda , Wani dan Akulah . Muka semua mintak penampo .

* tumbuk nak ?

On the way , kami jogging . Kami telah menemukan artifak zaman dulu . Cewahhh . tak de lah . hehe . Jumpa katak mati je pon .
* ni namanya katak terkujat . haha

* Abdikan diri sebelum tengkorak katak hilang . Abaikan muka teruja itu :)



* Model apakah ? haha . 

Then bersenam kat pusat rekreasi Kolej Intan . Batak giler gaya tak pernah main . haha . Semua nak try .
* macam iklan kat tv yang promote perut kurus tu . 



Lepas tu , dah penat bajet nak pergi cari air dekat Laman Perdana . Menapak punya menapak , Sarah boleh jatuh tersembam . Mula mula nak jugak rasa kesian kan ? Tapi bila dia buat lawak , terus tak jadi kesian . Aku gelak tak ingat . Tapi kesian Sarah , berdarah hidung dengan dahi dia . :)
* Sian Sarah . hehe

* Lepas jogging lepak depan Kolej Intan sambil minum air kotak dan berterusan gelakkan Sarah .

Sekain . 





* SEKAIN ? Apakah ? Typooo dan tak mau padam .

SEKIAN .






Thursday, 22 November 2012

Almost 2 Month :) Alhamdulilah .

Selamat malam uolss semua . Setelah sekian lama menyepi akhir nya aku kembali dengan coretan yang baru . Tengoklah bumbung belog aku ni , dah bersawang nak mampus ! Almaklum aku mintak maaf lah sebab lama giler meninggalkan alam belog membelog ni . Biasalah kesibukan melanda ditambah ketandusan idea sama dengan kemalasan tahap kekhinzirian . Sebenarnya dah lama nak nak update , berbulan lepas dah . Dah tulis pon tapi tak pernahnya nak habis . Buktinya ? melambak dah entry baru dekat draft tapi satu pon tak habis . Sebab nya ? bila dah sedap menulis tiba tiba rasa ada je yang tak kena dengan entry aku tu . macam mana cenggitu . Memang saved dalam draft lah makan dia kan . So , malam ni berbekal kan semangat yang tak berapa semangat sangat dengan keadaan demam aku pon gigih lah cuba menghabiskan entry pada kali ini . * skema nak mampus ayat ..

Oke , seperti yang diketahui semua orang , aku sekarang ni berada di Penang sebab dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM Penang . Alhamdulilah . Dah hampir dua bulan aku kat sini . Cepat je masa berlalu . Pejam celik dah dekat dua bulan aku bergelar mahasiswi . Its like dream u know . haha
* yeah ,bak kata dieya aku model Laman Perdana . kuangjaq :) Saya pelajar UiTM Pulau Pinang .

Dua bulan aku kat sini , Alhamdulilah , makin banyak pengalaman aku dapat dan makin banyak ragam jugak   aku jumpa sebab makin banyak aku jumpa orang . Ada yang positif dan ada negatif . Ada orang yang boleh dibuat kawan , ada yang boleh dibuat kawan jugak tapi jangan terlalu rapat . Sampai sini baru aku tahu apa itu erti ' UNIVERSITY LIFE ' . Kehidupan buat assignment , kehidupan pakai kad matrik dan macam macam kehidupan lagi yang aku alami . Ada yang seronok dan ada yang tidak . Dua bulan aku kat sini jugak macam macam aktiviti yang aku dah buat . Kira pencapaian yang sangat dahsyat lah bagi makhluk Allah yang bersifat pasif macam aku ni .

* Sebenarnya aku tak banyak benda nak cakap, tengok gambar je lah ye :)

* waktu minggu destini siswa yang horrible .

* habis je MDS pegi Jusco teman Muo beli barang dia :)


* my first week class at Bandar Perda . That Mimi , Sarah and my twin Wani :) nama je pon sama .
Kampus aku dekat Bandar Perda ni dekat sangat dengan Jusco , jadi kesimpulannya apa ? kau orang boleh fikirkan ? Pantang ada masa terluang . haha

* next class until habis sem 1 , Kampus Balik Pulau . Kampus ni jauh sangat dari kampus Bukit Mertajam ni, If pagi ambik masa hampir satu jam 45 minit untuk sampai sebab waktu pagi waktu kemuncak . Lagi lagi bila  nak masuk susur ke Jambatan Pulau Pinang dan sampai atas Jambatan . Sesak ? Tolonglah jangan cakap . Tapi bila balik tak lah sesak sangat sebab kami tak balik waktu kemuncak . Everyday macam tu , pagi naik bas then petang baru sampai untill habis sem 1 . First time nak pergi Kampus Balik Pulau ni punya lah semangat gile . Yelah , nak tahu kan . Bila sampai , Allah ! ape yang di tengok tak sama dengan apa yang difikir . Tersangat lah kecik . Tapi bersyukur jugak lah dari tak ada kan .

* Kampus Balik Pulau :)

* Depan LP . dari kiri Dilla , Nasha , Wani , Sarah , Mimi , Ain

* Oke , ini BiawakKujat :)

* yeah ! kami berbangga menjadi warga UiTM Pulau Pinang :)


* pesanan penaja , bye bye 

berjaya jugak aku siapkan entry malam ni . haha

" diharap penggunaan bahasa kasar dalam entry kali ini tidak menyinggung mana mana pihak "