When Im Sad, Im Being Happy Instead

Tuesday, 29 October 2013

Pernikahan Juara Masterchef Satu, Dr Ezani

Tadi before kelas scroll timeline Twitter ( jom follow twitter aku, klik SINI )  jap, scroll punya scroll nampak satu orang ni retweet pasal pernikahan juara Masterchef 1. Apa lagi, terus hati terdetik balik nanti nak buat entry pernikahan ni lah. Nak tahu sebab apa ? Sebab Dr Ezani mengingatkan aku pada seseorang. Kahkah. Sebenarnya zaman dedulu aku pernah lah berkawan rapat dengan sorang sepupu Dr Ezani ni. Hampir lah nak terjerumus ke lembah nak berkawan dengan lebih serius dengan sepupu Dr Ezani ni. Dalam proses berkawan rapat tu pon ada masalah nya, ini kan pulak nak serius kan. Bincang punya bincang kami memang tak boleh nak get along. Ada je benda tak puas hati. So, lost contact macam tu jelah sampai sekarang.Kalau tak silap nama dia Izzat ke apa entah. Haa nama dia pon lupa dah. Entah entah dia dah kawin pon sekarang ni. Hehe.  Sekian cerita aku hari ni. 

Sebelum akhir entry ni, jom layan gambar pernikahan Dr Ezani ni. ( Sepupu tak jadi ) *ecewahhhh! :) . Semoga Dr Ezani dan Dr Azrai bahagia sampai anak cucu, cicit dan seterusnya. Dapat anak cecomel dan handsome handsome gitu eah :)











 

Saturday, 26 October 2013

Film Review : Insidious ( Chapter 2 )

Dah tengok Insidious ? Okay, kalau dah tengok Insidious boleh pergi panggung wayang sekarang layan Insidious Chapter 2 pulak okay.


Pengarah : James Wan
Pelakon : Patrick Wilson ( Josh )
               Rose Bryne ( Renai )

Kalau korang dah tengok Insidious yang pertama, Insidious Chapter 2 (IC2) merupakan kesinambungan kepada filem yang pertama itu. IC2 mengisahkan tentang dimana si hantu atau roh jahat tu still belum settle dengan family Lambert dan Josh yang sebenar masih terperangkap dalam alam supernatural. Tapi family dia tak tahu. Dalam IC2 ni pulak adalah giliran anak Josh, Dalton yang selamatkan Josh.

Setelah kematian Elise dalam Insidious, polis telah menyiasat keluarga Lambert dan menuduh Josh sebagai pembunuh Elise oleh sebab bukti yang agak kukuh. Tetapi isteri Josh, Renai cuba menafikan tuduhan tersebut. Tapi, makin lama Renai mula rasa pelik dengan sikap Josh yang dah mula lain. 

Sementara polis menyiasat kes kematian Elise, mereka sekeluarga menumpang duduk di rumah emak Josh, Lorraine. Tapi dekat rumah Lorraine mereka tetap diganggu perkara perkara aneh macam piano berbunyi sendiri dan sebagainya. Renai dan Lorraine sering diganggu dengan seorang perempuan yang berpakaian putih dan menyeramkan walau pun siang hari. 

Lorraine cuba pergi bertemu dengan pembantu Elise iaitu Specks dan Tucker untuk tanya tentang kemusykilan perangai Josh yang semakin pelik. Diorang pula cuba mendapat kan pertolongan Carl. Carl ialah kawan Elise yang agak arif tentang dunia supernatural dan Carl pernah membantu Elise untuk ubatkan Josh ketika Josh masih kecil. Dengan pertolongan Carl, seterusnya mereka didedahkan dengan kisah Parker Crane seorang bekas pesakit Lorraine.





Apa pulak lah kaitan dengan Parker Crane ni kan ? Siapa sebenar nya Josh ni ? Kenapa sikap Josh makin berubah ? Nak tahu ? Korang kena tengok sendiri lah. Bagi aku, arahan James Wan kali ni sangat menjadi walaupun pada mulanya aku tak faham cerita ni. Susah jugak sebenarnya aku nak kaitkan dengan cerita yang pertama. Tapi bila dah tengok lama-lama baru faham.

Okay, rating untuk cerita ni adalah 4/5 .
*Patrick Wilson tetap jadi pujaan hati ku :)



Jom layan trailer cerita ni jap. 





Friday, 25 October 2013

9 Gambar Tragis Pegawai Bank Maut Di Tembak Pegawai Keselamatan

Sumber Copy Paste TengokTVOnline


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila di tembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru 'pump gun' yang dilepaskan oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal daripada Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku disebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu. Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata itu dikatakan telah 16 tahun bekerja di bank tersebut.





MANGSA :

Nama penuh : Norazita Abu Talib
Umur : 37 Tahun
Pekerjaan : Pegawai Bank Ambank
*Ibu kepada dua orang anak


*Takziah kepada keluarga mangsa

SUSPEK :

Nama penuh : Ardi bin Hamza
Umur : 37 Tahun
Pekerjaan : Pegawai Keselamatan Ambank
Alamat : Jalan Apas Batu No.27 Tawau Sabah
No IC : 770818-12-6712



**Maklumat mengenai suspek, Ardi Hamzah telah berjaya ditahan di LCCT ketika hendak membeli tiket untuk melarikan diri ke Sabah adalah PALSU. Polis masih giat mengesan suspek!

***Gambar sengaja dikaburkan dan video CCTV tidak dimasukkan untuk menghormati keluarga mangsa.




* Kenapa orang sekarang dah hilang perikemanusiaanya ? Mana perginya tamadun manusia ? Dah hilang ? Hilang kemana ? Entah ! Tepuk dada tanya iman masing masing. Mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Puan Norazita, Semoga roh nya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin . Takziah juga kepada keluarga Arwah Puan Norazita . 

Wednesday, 23 October 2013

Wordless Wednesday #1


And this is so me today. Tak tahu lah kenapa hari ni punya malas nak pergi kelas. And the happiest thing today the whole day tak dak kelas. And hari ni 2 kali pergi kelas, 2 kali jugak lah sampai kelas baru tahu kelas cancel. Lame sangat. Sebab tu agaknya hati tu tahu kelas tak dak. Tu yang malas p kelas tu kan :)



Friday, 18 October 2013

Puisi Merapu Dari Hati Ke Siapa Entah :)


Mungkin kita belum cukup sempurna
untuk sempurnakan diri masing masing.

Mungkin kita belum cukup remaja 
untuk tempuh alam bercinta yang mana orang 
cakap banyak sangat onak durinya.

Mungkin kita belum cukup matang
untuk terima dugaan yang mana
sangat menyakitkan kan hati.

Mungkin kita masih belum sempurna lagi
untuk terima kebaikan dan keburukan
diri masing masing.

Mungkin kita masih belum faham
untuk faham tugas masing masing.

Mungkin kita terlalu kebudak budakan
dalam berkawan.

Mungkin belum tiba masa
untuk kita mencari dan cuba melangkah
ke alam yang lebih serius.

Mungkin Allah tak nak kita membuang masa dalam hal ini
untuk kita fikirkan benda yang lebih penting dalam
hidup kita.

Mungkin belum sesuai tempat dan masanya
untuk Allah tetap kan kita berdua.

Mungkin Allah tak nak kita sakit kan hati kita sendiri
untuk fikir benda benda yang 
melibat kan hati ni.

Mungkin Allah nak kita muhasabah diri kita 
supaya cintakan Dia dahulu sebelum cintakan manusia.

Mungkin Allah tak nak kita berdua banyak
buat dosa.

Semua yang baik datang dari Allah. 




Copyright by : Syazwani Badiozaman

*P/S : Tak tahu lah ni kategori puisi ke sajak, yang pasti tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Puisi saja sebab bosan di pagi ahad.

Adiosaaa