When Im Sad, Im Being Happy Instead

Friday, 30 November 2012

Makan Free Dan Bersenam

Hye korang semua , jumpa lagi malam ni di malam yang begitu indah dan harmoni . Ditemani siulan angin Penang yang sangat mendebar kan . Haha . Padayappa ayat aku macam cerita lucah pulak :) .
Haa . nampak tak permainan dia macam mana ?
Haa . Nampak tak tajuk kat atas tu ? Makan free ? aku lah tu . haha .
Lepas makan bersenam , lepas bersenam makan . Elok sangat lah kan .
Oke , now nak cerita pasal makan free . You all tahu Foodcourt Delima ? alahh , foodcourt depan kolej aku . Mana nya korang nak tahu kan . haha .Oke , foodcourt ni sejak dari aku masuk lagi tak pernah nak bukaknya . Tak tahu kenapa . Mungkin adalah masalah dalaman yang aku sendiri tak nak tahu . Yang aku cuma tahu aku nak tempat makan yang dekat dengan tempat tidur aku . Senang nak memBELONkan diri lagi kan . :)
Hari ni aku dan kawan kawan dapat satu jemputan dan khabar yang menarik . Apa dia ? of course lah makan free . Terbaik lah pakcik foodcourt semua . Act , semua orang teruja dengan pembukaan foodcourt ni , almaklumlah lepas ni Delima ni jadi pusat pelajar pulak . Tak percaya ? Tengok ni . 
* Semut punya status . Ni je yang aku sempat tangkap . Sorry Muiz a.k.a Semut


* Pernah dengar Nasi Kandar Cahaya Pelita ? Tak sangka dalam UiTM Penang ada cawangan dia :)
Mula - mula aku tak tahu . Lepas tu balik dari kelas Arab petang tadi ada orang tahan depan Baiduri .

Kami pon apa lagi , dengan semangat membara , waja dan 1 Malaysia nya jalan punya laju pergi Delima . Makan free kan , siapa yang tak nak .
Haa , sampai sana , tengok Alang , Ida dengan Semut dah mendahului rupanya .
* Semut dengan Ida . Alang tak nampak .
Ayat Semut ' Aku budak lelaki batch satu yang 1st makan kat sini '

Tak boleh jadi diorang ni , mendahului aku . Kami pon apa lagi . Makan tak ingat apalah .
* Ulang balik , FREE kan . haha . 
Makin lama makin ramai yang datang .





* Ni semua budak batch aku . keterujaan kami dapat makan free :)

Yooo ! HAK MAKAN FREE HAK KAMI !

Lepas makan gang aku plan nak pergi jogging pulak . Biasa lah , dah makan free dan banyak pulak tu perlu lah kurang kan balikkan . hehe . Kami naik atas tukar baju then terus joging . 
* yang berjogging Sarah , Ain , Linda , Wani dan Akulah . Muka semua mintak penampo .

* tumbuk nak ?

On the way , kami jogging . Kami telah menemukan artifak zaman dulu . Cewahhh . tak de lah . hehe . Jumpa katak mati je pon .
* ni namanya katak terkujat . haha

* Abdikan diri sebelum tengkorak katak hilang . Abaikan muka teruja itu :)



* Model apakah ? haha . 

Then bersenam kat pusat rekreasi Kolej Intan . Batak giler gaya tak pernah main . haha . Semua nak try .
* macam iklan kat tv yang promote perut kurus tu . 



Lepas tu , dah penat bajet nak pergi cari air dekat Laman Perdana . Menapak punya menapak , Sarah boleh jatuh tersembam . Mula mula nak jugak rasa kesian kan ? Tapi bila dia buat lawak , terus tak jadi kesian . Aku gelak tak ingat . Tapi kesian Sarah , berdarah hidung dengan dahi dia . :)
* Sian Sarah . hehe

* Lepas jogging lepak depan Kolej Intan sambil minum air kotak dan berterusan gelakkan Sarah .

Sekain . 





* SEKAIN ? Apakah ? Typooo dan tak mau padam .

SEKIAN .






Thursday, 22 November 2012

Almost 2 Month :) Alhamdulilah .

Selamat malam uolss semua . Setelah sekian lama menyepi akhir nya aku kembali dengan coretan yang baru . Tengoklah bumbung belog aku ni , dah bersawang nak mampus ! Almaklum aku mintak maaf lah sebab lama giler meninggalkan alam belog membelog ni . Biasalah kesibukan melanda ditambah ketandusan idea sama dengan kemalasan tahap kekhinzirian . Sebenarnya dah lama nak nak update , berbulan lepas dah . Dah tulis pon tapi tak pernahnya nak habis . Buktinya ? melambak dah entry baru dekat draft tapi satu pon tak habis . Sebab nya ? bila dah sedap menulis tiba tiba rasa ada je yang tak kena dengan entry aku tu . macam mana cenggitu . Memang saved dalam draft lah makan dia kan . So , malam ni berbekal kan semangat yang tak berapa semangat sangat dengan keadaan demam aku pon gigih lah cuba menghabiskan entry pada kali ini . * skema nak mampus ayat ..

Oke , seperti yang diketahui semua orang , aku sekarang ni berada di Penang sebab dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM Penang . Alhamdulilah . Dah hampir dua bulan aku kat sini . Cepat je masa berlalu . Pejam celik dah dekat dua bulan aku bergelar mahasiswi . Its like dream u know . haha
* yeah ,bak kata dieya aku model Laman Perdana . kuangjaq :) Saya pelajar UiTM Pulau Pinang .

Dua bulan aku kat sini , Alhamdulilah , makin banyak pengalaman aku dapat dan makin banyak ragam jugak   aku jumpa sebab makin banyak aku jumpa orang . Ada yang positif dan ada negatif . Ada orang yang boleh dibuat kawan , ada yang boleh dibuat kawan jugak tapi jangan terlalu rapat . Sampai sini baru aku tahu apa itu erti ' UNIVERSITY LIFE ' . Kehidupan buat assignment , kehidupan pakai kad matrik dan macam macam kehidupan lagi yang aku alami . Ada yang seronok dan ada yang tidak . Dua bulan aku kat sini jugak macam macam aktiviti yang aku dah buat . Kira pencapaian yang sangat dahsyat lah bagi makhluk Allah yang bersifat pasif macam aku ni .

* Sebenarnya aku tak banyak benda nak cakap, tengok gambar je lah ye :)

* waktu minggu destini siswa yang horrible .

* habis je MDS pegi Jusco teman Muo beli barang dia :)


* my first week class at Bandar Perda . That Mimi , Sarah and my twin Wani :) nama je pon sama .
Kampus aku dekat Bandar Perda ni dekat sangat dengan Jusco , jadi kesimpulannya apa ? kau orang boleh fikirkan ? Pantang ada masa terluang . haha

* next class until habis sem 1 , Kampus Balik Pulau . Kampus ni jauh sangat dari kampus Bukit Mertajam ni, If pagi ambik masa hampir satu jam 45 minit untuk sampai sebab waktu pagi waktu kemuncak . Lagi lagi bila  nak masuk susur ke Jambatan Pulau Pinang dan sampai atas Jambatan . Sesak ? Tolonglah jangan cakap . Tapi bila balik tak lah sesak sangat sebab kami tak balik waktu kemuncak . Everyday macam tu , pagi naik bas then petang baru sampai untill habis sem 1 . First time nak pergi Kampus Balik Pulau ni punya lah semangat gile . Yelah , nak tahu kan . Bila sampai , Allah ! ape yang di tengok tak sama dengan apa yang difikir . Tersangat lah kecik . Tapi bersyukur jugak lah dari tak ada kan .

* Kampus Balik Pulau :)

* Depan LP . dari kiri Dilla , Nasha , Wani , Sarah , Mimi , Ain

* Oke , ini BiawakKujat :)

* yeah ! kami berbangga menjadi warga UiTM Pulau Pinang :)


* pesanan penaja , bye bye 

berjaya jugak aku siapkan entry malam ni . haha

" diharap penggunaan bahasa kasar dalam entry kali ini tidak menyinggung mana mana pihak "






 

Monday, 13 August 2012

Tiba - Tiba Rasa Rindu :(






Lai Lai Lai~~~ Hye uolllssss .
Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita puasa kan dan lagi 5 hari je kita nak raya.
Oh my ! cepatnya masa berlalu . Sedih nak tinggalkan bulan puasa yang penuh barakah ni kan .

Terbitnya post ni hari ni sebab nak nyatakan bahawa aku tetibe je rindu dengan arwah atok aku. Tak tahu kenapa makin dekat nak raya makin maha hebat rasa rindu tu .
Aku harap kan arwah atok tenang kat sana dan dia ditempatkan di tempat orang yang beriman .

Dengan arwah atok aku masih ingat sebab waktu dia tinggalkan kami semua aku
dalam darjah dua atau tiga tak silap aku . Maknanya ingatan aku boleh ingat lagi lah kan . Berbanding arwah opah yang meninggal dulu .


Aku still ingat , waktu arwah atok ada dulu atok selalu datang rumah aku dengan bawak motor ex5 dia dulu . (: .Kadang - kadang datang bawak buah rambutan . Lepas makan rambutan , dia akan bawak kitorang adik beradik jalan-jalan naik motor dia tu *gilir-gilir lah .
Bila atas motor tu kitorang dilarang sama sekali bergerak-gerak . Kalau kitorang bergerak sikit mesti dia akan cakap " Jangan gerak-gerak , nanti jatuh " . hehe (: . *atok lawak lah .

Then, kadang - kadang dia akan datang waktu malam . Dulu sebelum kehidupan kami berubah kepada yang agak bagus sekarang , mak dengan ayah cuma meniaga kantin dekat belakang rumah aku ni je . Bila malam-malam dia datang dia mesti tolong bungkus keropok roda-roda tu . *part tu yang paling aku ingat .(: .

Tapi sekarang atok dah takde . Sumpah rindu atok sangat :( .
Lagi sekali semoga arwah atok dan opah dicucuri rahmat .

* ni arwah atok dengan amirul rasanya .


* atok dengan kami . Abaikan jelah budak-budak kecik yang dulunya tak matang tu oke (:
akak , apit, amirul , aku

* arwah atok kami hensem (:

bye .


Saturday, 11 August 2012

Perubahan .





Hye engkorang semua .
Oke , now , jam dekat netbook aku ni dah pukul 2.30 pagi dan mata aku masih segar.
Kenapa ? kenapa ? kenapa ?
Ohh ! Mungkin sebab hati cakap jangan tidur .
Eh ! Dah - dah . Apesal aku dok meraban malam - malam macam ni ?
Al maklum lah . Hidup dah single . Dah tiada komitmen dengan perasaan orang lain . Jadi , ikot hati aku lah kan . Haha

Nampak tak tajuk aku hapa ? Perubahan ? Apa yang berubah ?
Bukan aku yang berubah lah . Bukan jugak BF aku yang berubah . Bukan rumah aku berubah . Dan bukan jugak menu berbuka aku esok yang berubah .

Aku nak cerita perubahan aku dalam dunia gadjet - gadjet ni .

Zaman sekarang ni semua perlukan handphone kan sebab handphone ni dah jadi macam nyawa masing - masing . Yang peliknya budak darjah tiga pon dah pandai ber BBM segala . Handphone canggih manggih (: . Aku start pakai handphone pon waktu tingkatan 3 . Itu pon dalam kawalan emak dengan ayah aku lagi .


Tengok gambar je lah ea then aku cerita satu-persatu (:



oke , ini handphone pertama yang aku pakai . Btw , bukan jenis ini . Yang lain . Tapi lebih kurang macam ni . Aku try cari dekat google images tapi tak jumpa sebab aku tak tahu model dia . (: . The 1st , phone ni mak aku punya then mak aku bagi aku pakai waktu aku form 3 . Tapi jodoh phone ni tak lama dengan aku sebab abang aku ambik . Jahat dia tu .




Ini pulak handphone kedua aku lepas model samsung yang atas tadi . Ini Nokia hapa entah aku tak pasti . Tapi handphone yang ni betul-betul turun temurun punya sebab asal nya along aku punya , then jatuh ke tangan abang aku . Lepas tu ke tangan akak , lepas tu baru aku . Lepas aku dah tak ada sebab aku yang mengjahanam kan nya . Alaa , considered lah jahanam kan ? Berapa tangan yang pegang . Tapi handphone ni macam tragis sikit sebab keypad dia keras nak mampuih ! Ibu jari aku sampai sekarang kedalam sikit dek penangan keypad keras handphone ni . (:




Ini yang ketiga . Nokia 1110 tak silap aku . Dulu warna dia warna biru . Lepas tu bertukar merah , Lepas tu hitam , Last sekali purple ni lah . Handphone ni elok lagi cuma almaklumlah handphone mahal , tak ada siapa nak pakai . (: . Handphone ni pon turun - temurun jugak , Tapi tak ramai yang pegang . Abang dengan aku je yang pakai . Lepas abang pakai terus dia bagi dekat aku sebab dia cakap sebagai ganti dia ambik handphone samsung yang dulu tu . Banyak cantik ! Yang buruk dia bagi dekat aku , Tapi Alhamdulilah lah kan .


Yang seterusnya , haaa . Nokia jugak aku pakai . Model apa ni ye , Jap aku tengok . Haa ini Nokia 1200 . Handphone ni aku pakai lagi dan sampai sekarang aku pakai sebab aku pakai dua nombor dan kadang - kadang aku on kan nombor maxis aku dekat sini . Tu menyala , no maxis tengah on lah tu . Handphone ni turun temurun jugak . Hak milik sepenuhnya untuk abang , lepas tu jatuh ke tangan akak , lepas tu jatuh ke tangan adik aku , apit dan akhir sekali jatuh ke tangan penjehanam ini . hahaha * gelak syaitan .

* Korang perasan tak semua handphone kat atas ni turun temurun punya . Maknanya apa ? Maknanya aku pakai yang lebih - lebih kakak dan abang aku punya lah . Aku tak pernah beli sendiri handphone ni sebab emak dengan ayah aku jenis kalau nak pakai handphone sendiri , KUMPUL DUIT SENDIRI dan BELI SENDIRI .

Haaa ini Sony Ericcson W205 . Sepenuhnya hak milik Nurul Syazwani Badiozaman . Aku lah .Aku beli pakai duit sendiri lah . Hasil titik peluh aku kerja basuh berak anak orang lepas SPM hari tu . Sangat membanggakan! Sumpah aku sayang gila handphone ni sebab ini handphone PERTAMA yang aku beli . Maknanya aku punya secara mutlak lah . Tapi nyawa handphone ni tak lamalah . Dah rosak dah sekarang . Tak tahu apa rosak dia sebab tak boleh hantar mesej je . Yang lain semua oke . Tapi aku simpan lagi arwah handphone ni . Sebab banyak kenangan . Kenangan manis kau dan aku tak kan ku lupa ~~~ Menyanyi pulak . hehe (:

Finally , handphone yang aku pakai sekarang . Samsung Corby 2 . Bangga je aku sebut . hehe . Act , aku sangat bersyukur dipertemukan jodohnya dengan handphone ni . hehe . Handphone ni sesuai lah dengan aku yang poket tak berapa nak kembung sangat kan . Dengan harga yang berpatutan ia merupakan handphone skrin sesentuh yang mampu dimiliki oleh semua orang . * Apesal aku dok terang pasal handphone ni ? Aku tak mampu lah nak beli android segala mak roid bagai tu . Syukur alhamdulilah lah dah ada yang ni . Al maklum lah , walau handphone murah sekurang - kurang nya aku boleh berlagak . Ye lah , orang lain pakai handphone tekan keypad je . Aku dah tekan skrin . Tak bangga ke macam tu ? (:

Sudah cukup sudah , sampai disini saja malam ni .
Aku ciau dulu . Mata dah macam tingkap rumah tinggal yang ditiup angin . Sekejap bukak sekejap tutup .
Bye


Thursday, 9 August 2012

Lailatul Qadar ( Entry sampingan : Cek Oih )



hui hai hey kome !
Sedar tak sedar dah dekat raya kita kan ?
Dekat sebulan dah kita puasa kan ? And kalau tak silap aku malam ni malam 21 Ramadhan .
Thats mean kita dah masuk 10 malam terakhir .
Mesti kau orang tahu apa yang ada dalam 10 malam terakhir ni kan
?
And for sure aku percaya yang semua orang sedang mencari-cari perkara yang ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan ni .

Its Lailatul Qadar :D

Gerenti semua orang cari malam Lailatul Qadar ni sebab semua orang Islam perlu percaya bahawa malam Lailatul Qadar malam yang sangat istimewa kerana berdasarkan ayat Al - Quran dari surah Al-Qadr . Firman Allah S.W.T :

Ertinya : " Malam Al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan " ( Al-Qadr : 2 ) .
Di malam ini jugalah Rasululullah kita beribadat bersungguh-sungguh melebihi malam Ramadhan yang lain .
Malam ini juga merupakan malam dimana para malaikat turun melebarkan sayap nya dan memberi rahmat kepada orang yang beribadah . Sesiapa yang dapat malam tersebut merupakan golongan yang untung .

Kat sini aku nak cerita tanda terjadi nya malam Lailatul Qadar .
Sebelum tu , aku copykat sumber ni dari laman IluvIslam.com :D

Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar


Maka , mari lah kita sama - sama kejar malam yang penuh berkat ni .

Oke ,Done for Malam Lailatul Qadar .

Part ni untuk sorang mamat poyo yang suruh aku selit kan nama dia .
Takkan 1 malam aku kene buat banyak-banyak entry kan ? Tak hingin aku . hehe
* Insya Allah , satu hari kalau terbukak hati nak buat entry pasal awak , saya buat ah ! haha
Aku tak tau nak tulis apa pasal budak ni ,
Dia suruh aku selit nama dia , sebab dia cakap ' i artis you know ' .
*artis lah sangat kan .
Jadiknya , aku tak tau nak selit tang mana .
Tang sini oke kot kan ?
IRWAN FIRDAUS BIN MD NOR
kan ?
* ni lah mamat poyo tu . hensem dak ? siapa nak meh ambik borang kat aku . dia jejaka terhangat pasaran ni . hakhak . suke beno gambo rabbit . dah macam gigi awak . sorry , saya culik DP facebook awak . haha
* entah betoi entah idak nama dia ni . bukan boleh percaya mamat cek oih ni . hehe
Ni nak buat sesi penghargaan sikit untuk dia .
Terima kasih lah cek oih sebab dua tiga hari ni tak sudah - sudah bagi kata semangat kat saya .
Sangat menghargainya tau tak ?
Eh awak jangan lah nangis baca entry saya ni . Jangan nangis tau . hakhak


Bye cek oih ! :D . muah muah sikit kat cek oih . haha

p/s : awak keje kuat , saya nak duit raya . tak kira . siapa suruh bgtau . hahaa

Tuesday, 7 August 2012

Review : Kemenangan Dato' Lee Chong Wei


Hye uollsss . Happy Olimpik London 2012 kepada uollsss semua .
Boleh ke wish macam tu sebab Olimpik pon dah nak habis ? :face64:

As kita tahu yang Hero Malaysia kita Dato' Lee Chong Wei telah berjaya memenangi pingat PERAK dalam olimpik . Perlawanan Akhir menentang Lin Dan dari China .
Oke , trustly aku cakap dia orang memang musuh tradisi kan ?:face66:

Seriously , perlawanan LCW dari awal hingga ke penghujung nya aku tengok woi !
Aku percaya waktu final dengan Lin Dan mesti darah tinggi korang naik kan ?
Yang tak ada darah tinggi mesti tiba - tiba jadi ada kan ? :face75:

Sumpah permainan final antara LCW dengan Lin Dan sangat lah sengit nya .
Jantung aku dup dap dup dap macam nak pecah tau ?
1st game LCW memang membanggakan kita , dia menang smile.
Then , 2nd game aku tengok dia macam penat sikit , mungkin dia dok terfikir pasal kecederaan dia .thumb . So, kalah lah dan membawa ke rubber game .
Dan , game yang terakhir memang sangat mencemas kan tapi sumpah LCW kalah dengan bergaya . Sekurang- kurang nya dia tak ketinggalan jauh dengan mata 19-21 . Syabas Dato' .

Bila Lin Dan dapat mata terakhir dia Lin Dan terus berlari keliling stadium tu dan LCW tertunduk sedih . Waktu aku tengok dia tunduk , serious aku sedih sangat . Dan aku percaya semua rakyat Malaysia pon sedih kan ?
But its oke Dato' , you anak Malaysia yang berjaya . You tak perlu mintak maaf pada Malaysian atas kekalahan you .

* Air mata hero mengalir . Jangan nangis lah Dato' , you tetap di hati rakyat Malaysia oke.

* Twitter Dato' LCW . Dia Mintak maaf :face59:

Dato' , you cuma kalah dengan Lin Dan , tapi you menang di hati kami :face69: .


* See Dato' , Pelbagai kaum sokong you:face56:
Mereka pon bangga dengan you oke :face57:.

Bila you balik semalam Dato' , ramai kot Malaysian tunggu you dekat airport ,
itu maknanya dia orang tak pernah lupa jasa you .
Even you kalah , kami tetap sokong you .



LCW dah nak bersara .:face72:
Malaysia harap kan pengganti seperti dia :face65:
Bye .