When Im Sad, Im Being Happy Instead

Sunday, 24 November 2013

Nak Kawin Dah ?

Situasi.
Dekat dapur bila mana bakal abang ipar gua baru balik dengan ayah beliau dari membincangkan tarikh pernikahan diorang.

Embah lanang : lepas along, akak pulak lepas akak, ani lah kan ?

Aku : haaa yee lah kot. Betul sangat lah tu.

Ayah : betul ke ni ? Kalau betul senang hati ayah, 3 anak perempuan ayah dah settle. Bila bila je ayah dengan mak fly ke mekah.

Aku : eeehh tak ada lah. Memain je yah. Heeee *senyum kambing

*

Gua sebenarnya sangat terkejut dengan kata kata ayah tu. Macam bagi greenlight gua kawin awal je.

Sebab kalau ikut pengiraan yang tak berapa lama lagi, awal tahun depan along, hujung tahun akak. Maknanya tinggal abang dengan gua. Abang lelaki tak pa. Bila bila dia boleh. Hmm gua je lah.

Hehe. Rileks yah. Jangan terburu. Panjang lagi perjalanan hidup anak ayah ni. Lagi pon calon anak ayah ni pon still study macam anak ayah ni jugak. Sabar ye ayah :)

posted from Bloggeroid

Thursday, 21 November 2013

Kencing Kucing

Disuatu petang damai membelah angin. Sekumpulan dara UiTMPP melepek bawah pokok makan cendol. Ermmm sedap. Bergelak ketawa lupa semua masalah. Mengumpat selancar keluar dari bicara bibir. Bergurau senda seolah tiada sudah hari esok. Tiba tibaaaaa

"wani! Kucing tu kencing dekat seluaq hang"

"haaa?? Betul ke ? Ishh jahat nye kucing ni"

"betul ! Croott dia bunyi"

Semua ketawa dengan bunyi crootttt

Monolog ku dalam hati " nak ku maki kucing ni sama sama hidup dekat dunia. Sama sama berkongsi nikmat Allah, haihh lah kucing, sabar lahhh hati "

posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 November 2013

Tenanglah Kau Disana Wahai Ahmad Ammar

Malam tadi, 9.45 pm ( Dalam mood mengacau Linda)

Linda : Way, cuba kau bukak FB, ada orang Malaysia meninggal kat Turki lah. Kenapa kecoh sangat ?
Aku : Mana ? Meh bagi aku tengok ( capai phone Linda and mula membaca ) Ha'a lah, kenapa kecoh sangat eah? Dato' Bandar Turki tu siap bagi pengecualian dimakam kan dekat makam para sahabat lagi. Mesti dia pernah buat jasa besar kat negara Turki tu kan?
Linda : Entah lah, Aku pon tak tau. Mungkin lah.
Aku : ( Otak berfikir siapa Ahmad Ammar ni? Terus capai phone terus Google siapa Ahmad Ammar ni )

****************************


Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Marmara, Turki dalam bidang sejarah. Beliau berumur 20 tahun dan merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga. Ayah beliau, Tn Hj Ahmad Azam merupakan mantan ABIM. Dalam usia 20 tahun, Ahmad Ammar telah menyertai banyak misi kemanusiaan di seluruh dunia. Namun, misi kemanusiaan ke Syria merupakan misi  yang menyayat hati kerana ketika misi itu, tempat beliau tinggal sangat hampir dengan hospital dan bunyi letupan. Sehinggakan dia merasakan tidak mahu pulang dan ingin syahid disana. Sejak hari tu, sahabat-sahabat Ammar menggelarnya sebagai " Syahid Yang Tertangguh". Arwah whatsapp bersama kakaknya yang mengatakan dia inginkan syahid dan tidak sangka itu adalah petanda hari hari akhir arwah.



Namun begitu, Allah lebih menyayanginya bila Arwah telah terlibat dalam kemalangan. Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi :

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

" Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 


Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. " - Blog Gendang Perang


Pemergian Ahmad Ammar seorang mujahid yang disayangai ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia. Begitu hebat penangan Assyahid, Ahmad Ammar.



*GPTD-Ahmad Ammar Dalam Kenangan. 
Ribuan manusia mengiringinya ke makam dan semua orang berebut menyentuh kerandanya.

SB : Al Fatihah buat Ahmad Ammar, walaupun kita tak mengenali, tapi aku cukup menyanjungi peribadimu. Terus terang ku katakan aku cukup iri hati dengan mu kerana aku juga ingin syahid sepertimu. Semoga kau tenang disana, semoga kau boleh jadi penuntun ibu dan ayah mu di akhirat kelak. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah :)





Monday, 18 November 2013

Biarkan Dia

Biarkan dia
Asal dia rasa bahagia.

Biarkan dia
Jangan ditegah sebab itu buat dia rasa cukup bahagia.

Biarkan dia.....



posted from Bloggeroid

Friday, 15 November 2013

Rasa Aku

Rasa aku
Aku yang rasa.

Rasa aku
Aku yang pendam.

Rasa aku
Aku yang alami.

Rasa aku
Aku yang simpan

Rasa aku
Dalam hati aku bukan kau.

Rasa aku
Aku yang lahirkan bukan kau.

Ohh kawan,
rasa aku sekarang
aku rindu kau.
IFMN.

Truthly,
Syazwani Badiozaman
Dewan Seminar UiTM Penang
9.48 am.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 13 November 2013

Langkawi Trip #Part 1

Hye, lama tak update blog. Kali ni nak update pasal such a wonderfull weekend. Holiday to Langkawi Island. This trip actually untuk memenuhkan syllibus dalam subjek HPD (Public Speaking). Kami kena buat satu kertas kerja untuk khidmat masyarakat. Kira macam buat kerja luar lah untuk memenuhkan lagi keyakinan kami dalam dunia luar. Konon nya lah. 

So bila dah discuss punya discuss kami semuas sepakat nak ke Langkawi sambil menyumbang ke Rumah Anak Yatim Nur Kaseh, Ulu Melaka Langkawi. Kami bertolak pada hari Jumaat ( 8 Nov 2013 ). Pagi pagi lagi kami dah ke Jeti Kuala Perlis sebab tiket feri kami pukul 12.00 tengah hari.Mula mula aku tak berapa semangat nak pergi sebab sebelum pergi kami ada beberapa kekangan yang sangat haihhh. tak tau nak kata lah, meluat rasanya. Tapi bila malam packing barang tu tiba tiba ada semangat balik and terus packing barang dengan happynya *menyanyi :)

Okay, nak cerita terus pon tak tahu. Jom kita layan gambar hari sampai tu sambil bercerita (8 Nov 2013) Jumaat.

Yeay ! pepagi dah settle. Sebenarya bag aku yang hiking bag tu je. Memang senyum sampai tak nampak mata punya over pipi tu.


Dengan ketua projek a.k.a housemate gila gila. Naimah, Lia, Linda, Susanti

Dalam bas pergi Perlis :)




Yeay ! dah sampai Jeti Kuala Perlis. Semua orang muka happy lagi :)




Such a goodies for the orphanage :)

And what ? Ferry delay for 45 minutes ? Hmm kena tunggu lagi :( . Semua muka dah selebet tunggu. haha






Our Ferry. Mesra bahagia ke apa entah namanya

Ketua Projek. Susanti Rari



Matno yang bawak ke ? Haha. Lentik hang Matno

Hye Langkawi. First time for me. Teruja woi tengok scenery dia. Cantikkk !

Jeti Langkawi



Tunggu abang abang Travel Agensi. Apa entah nama agensi dia. Mesra Ria kot. Diketuai Abang Q and dibantu Abang Wan and Abang Alias. Kalau tak silap nama tu. Hiks.

Sementara tunggu makanan tengah hari, kita lawat pool dulu kat apartment kami menginap. Nama apartment dia Seri Lagenda. Agak selesa lah. Ada 4 bilik, setiap bilik ada aircond, tv, astro. Sangat selesa lah


Ada niat nak terjun waktu ni. Tapi sabaqqqqqq . Dan akhirnya terjun jugak. Waktu maghrib pulak tu. Kena sorok dengan hantu air tak tau lah. heee

Lecturer pengiring : Encik Fawzi and his daughter

Tunggu abang travel agensi nak bawak p jenjalan

Our madam HPD : Puan Azita

Sampai Dataran Lang. Snap dulu sebagai kenangan

We believe we can flyyyy




The boys. Matno, Aziz, Eajie, Mirol, Amin, Jarif, Syed









And second place is Pantai Chenang. Yang ni sumpah aku terkaku dengan kecantikan dia. Cantik sangat.





Apa Eajie buat tak tahu lah. Lonely sangat tengok dia. haha



Dan habis lah aktiviti kami hari sampai tu. Malam tu kami pergi Pantai Chenang balik sebab abang travel agensi tu cakap Pantai Chenang kalau malam hidup. So, memang betullah. ramai yang bukak kedai souvenir sepanjang jalan. Memang happy lah. Tapi kami semua penat waktu tu kan. Cepat je ajak balik. Tak habis pusing pon deret kedai Pantai Chenang tu. Okay, nantikan sambungan cerita Langkawi bebila free okay. Tak habis lagi ni tau. Ada lagi 2 hari. Nak cerita satu entry memang tak lah. heee . Stay tuneddddddd