When Im Sad, Im Being Happy Instead

Wednesday, 20 November 2013

Tenanglah Kau Disana Wahai Ahmad Ammar

Malam tadi, 9.45 pm ( Dalam mood mengacau Linda)

Linda : Way, cuba kau bukak FB, ada orang Malaysia meninggal kat Turki lah. Kenapa kecoh sangat ?
Aku : Mana ? Meh bagi aku tengok ( capai phone Linda and mula membaca ) Ha'a lah, kenapa kecoh sangat eah? Dato' Bandar Turki tu siap bagi pengecualian dimakam kan dekat makam para sahabat lagi. Mesti dia pernah buat jasa besar kat negara Turki tu kan?
Linda : Entah lah, Aku pon tak tau. Mungkin lah.
Aku : ( Otak berfikir siapa Ahmad Ammar ni? Terus capai phone terus Google siapa Ahmad Ammar ni )

****************************


Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Marmara, Turki dalam bidang sejarah. Beliau berumur 20 tahun dan merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga. Ayah beliau, Tn Hj Ahmad Azam merupakan mantan ABIM. Dalam usia 20 tahun, Ahmad Ammar telah menyertai banyak misi kemanusiaan di seluruh dunia. Namun, misi kemanusiaan ke Syria merupakan misi  yang menyayat hati kerana ketika misi itu, tempat beliau tinggal sangat hampir dengan hospital dan bunyi letupan. Sehinggakan dia merasakan tidak mahu pulang dan ingin syahid disana. Sejak hari tu, sahabat-sahabat Ammar menggelarnya sebagai " Syahid Yang Tertangguh". Arwah whatsapp bersama kakaknya yang mengatakan dia inginkan syahid dan tidak sangka itu adalah petanda hari hari akhir arwah.



Namun begitu, Allah lebih menyayanginya bila Arwah telah terlibat dalam kemalangan. Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi :

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

" Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 


Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. " - Blog Gendang Perang


Pemergian Ahmad Ammar seorang mujahid yang disayangai ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia. Begitu hebat penangan Assyahid, Ahmad Ammar.



*GPTD-Ahmad Ammar Dalam Kenangan. 
Ribuan manusia mengiringinya ke makam dan semua orang berebut menyentuh kerandanya.

SB : Al Fatihah buat Ahmad Ammar, walaupun kita tak mengenali, tapi aku cukup menyanjungi peribadimu. Terus terang ku katakan aku cukup iri hati dengan mu kerana aku juga ingin syahid sepertimu. Semoga kau tenang disana, semoga kau boleh jadi penuntun ibu dan ayah mu di akhirat kelak. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah :)





2 comments: