When Im Sad, Im Being Happy Instead

Saturday, 31 August 2013

Picture Entry : Nasihat Untuk Wanita

Okay, hari tu aku dah post picture entry pasal nasihat untuk lelaki kan. hari ni aku akan post nasihat kepada wanita pulak. Klik SINI untuk  baca pesanan untuk lelaki.

Thursday, 29 August 2013

Tin Biskut Hup Seng Dan Kopi


Selalu kita cakap macam ni kan bila seseorang mintak kita luangkan masa sikit untuk dia.


" AKU SIBUKLAH ! BANYAK BENDA NAK KENA SETTLE KAN NI. "

Bila hal-hal dalam hidup kau orang bagaikan terlalu banyak kerja sampai anak bini, kawan-kawan, business, orang tua kita dan bila kita rasa 24 jam tu tak cukup untuk kita buat hal kita, maka, ingat lah kisah tin biskut Hup Seng dan Dua Cawan Kopi. 

Seorang Profesor dalam kelas sosiologinya telah keluarkan beberapa barang di hadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, Profesor itu terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong dan terus isi tin kosong tersebut dengan bola bola golf sehingga penuh. Kemudian Profesor menanyakan pada anak muridnya, " Adakah tin biskut ini sudah penuh?" Kesemua anak muridnya mengangguk dan mengatakan " Ya !" 

Profesor itu kemudian mengambil sekotak kacang dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut itu digoncang sedikit, lalu kacang kacang itu bergerak mengisi ruang di antara bola bola golf. Kemudian, Profesor bertanyakan lagi pada anak muridnya sama ada tin itu sudah penuh atau tak. Anak muridnya terus menjawab " Ya! "

Selepas itu tanpa ditunggu-tunggu, Profesor itu mengambil pulak sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut kedalam tin itu. Sudah semestinya pasir yang halus itu mengisi setiap pelosok dan ruang didalam tin biskut Hup Seng tersebut. Profesor bertanyakan lagi pada anak muridnya sama ada tin itu sudah penuh atau tak. Anak muridnya terus menjawab " Ya! " dengan penuh keyakinan.

Tiba tiba Profesor itu mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja dan menuang semua kopi tersebut di dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak anak muridnya hanya tersenyum dengan perbuatan Profesor mereka.

" Sekarang..." kata Profesor itu dan anak muridnya kembali fokus. 

" Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup kamu semua. Bola bola golf melambangkan perkara-perkara yang paling penting seperti Tuhan, agama, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan minat kamu semua. Ini adalah perkara yang jika kamu kehilangannya, tiadak akan ada benda lain lagi yang tinggal. Dan hidup kamu semua tetap terisi dengan perkara ini. Kacang-kacang pula merupakan hal hal seperti kerja, kereta, rumah dan sebagainya. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara perkara yang lain dalam hidup iaitu perkara-perkara kecil. "

" Kalau kamu semua masukkan pasir dahulu kedalam tin biskut, pasti tidak akan ada ruang untuk kacang kacang ataupun bola- bola golf untuk masuk kedalam tin. Sama seperti hidup kamu, kalau kamu luangkan semua masa dan tenaga kamu pada perkara-perkara kecil sahaja, kamu tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk kamu... "

" Jadi... Tumpukan perhatian kamu kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup kamu. Sembahyang lah berjemaah, kukuhkan ikatan silaturrahim, bermainlah dengan anak-anak, bawa pasangan tercinta kamu keluar berjalan-jalan, luangkan masa bersama awan-kawan dan sebagainya. Pastikan akan ada masa kamu untuk bersihkan rumah, lipat baju, repair kereta, repair lampu rumah, betulkan kerusi dan sebagainya. Jagalah bola bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup kamu. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain itu semua pasir sahaja..."

Tiba tiba seorang pelajar mengangkat tangannya dan bertanya, " Apa maksud kopi? "

Profesor menjawab dengan penuh senyuman,
" Bagus awak tanya. Ia cuma nak menyatakan, tidak kira betapa sibuk pun hidup kamu dalam seharian, pastikan kamu ada masa dan ruang untuk minum kopi bersama kawan kawan.."




Nota kaki: Kesimpulan cerita diatas, jangan pentingkan diri sendiri, ambil tahu akan hal orang lain, luang masa bersama orang lain, mesra alam dan sebagainya :)

Cerita ni di ambil dari page Layar Minda 


Tuesday, 27 August 2013

Kehadiran RunningMan Ke Malaysia Dibatalkan



Aku ni tak adalah jenis manusia yang addict gila dengan K-Pop, tapi setakat RunningMan memang aku layan lah. Every episod aku layan. 

Berita sedih bagi peminat-peminat rancangan RunningMan sebab kehadiran Ji Suk Jin, Kang Gary, Haroro dan Kim Jong Kook yang dijangka pada 7 September ini atas sebab 'FanMeet' dibatalkan. Lebih lebih lagi pada diorang  yang dah beli tiket. Kesian. DIharap proses pengembalian wang untuk mereka yang dah beli tiket akan berjalan dengan lancar. Jangan sedih sedih yer korang semua.

Pemberitahuan tentang pembatalan ini dibuat dalam Facebook.


Tapi yang sedih tahap petala ke 8 nya 'FanMeet' ke negara lain tetap diteruskan. Alasan di Malaysia dibatalkan katanya atas sebab penganjur tempatan.

Alahai, sabarlah ye korang. 


Picture Entry : Nasihat Kepada Para Lelaki {。^◕‿◕^。}



Monday, 26 August 2013

Hati Hati Dengan Permainan Hati

Bila kita mula berkawan dengan seseorang atas dasar nak melangkah ke alam seterusnya, haa kau ingat senang ? Bila hati dah terfikir nak berkenalan dengan seseorang atas sebab nak hidup bersama, atau senang kata nak secara serius mungkin sampai ke alam perkahwinan sangat lah susah. Nak menempuh dari satu fasa ke satu fasa tu banyak sangat halangannya. 
Kita berpegang pada konteks yang Allah dah tentukan  jodoh kita, Jodoh, ajal maut semua dah di takdirkan. Tugas kita sebagai manusia apa? Berusaha mencari apa yang dikatanya 'JODOH'.

SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG ♥
Pesan pada DIRI. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi. Pada insan yang tak mengerti. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."

Quote diatas diambil dari blog Ukhti Azza . 

Wednesday, 21 August 2013

Syiah

Okay, sekarang kan selain serangan Mesir, Dunia pon heboh dengan Syiah. Aku tak nak merapu panjangg-panjang.Kat sini ada beberapa ciri ajaran Syiah . 

Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.</p >

20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.</p >

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

Monday, 19 August 2013

Under Construction


This blog UNDER CONSTRUCTION now.



* acah acah blog ni ramai orang baca. :D

Saturday, 17 August 2013

Sedih Tinggalkan Ramadhan ??

Yooo whatsuppp mann ! *highfive
Lihat lah pandang lah tajuk diatas. yoo yoo. Rasanya belum terlambat nak update pasal Ramadhan yang dah beberapa hari tinggalkan kita kan ??

Dengar cerita, dengar cerita dari mulut ke mulut lah kan. Ramai yang sedih nak tinggalkan ramadhan. Betul ke korang ? Tepuk dada tanya iman masing masing okay ? Tapi yang dok mulut kata sedih nak tinggalkan ramadhan tu amalan ada improvement dak ? Yang tu pon tepuk dada tanya iman masing masing okay ? 

Sebenarnya kan nampak terlalu mainstream bila mulut cakap sedih nak tinggalkan Ramadhan tapi amalan,skill beribadat langsung tak ada improvement. Macam mana nak kata ada improvement bila Qiamullail liat sangat nak buat, lepas sahur sambung tidur sampai subuh pon lewat. Kadang-kadang subuh pon sampai terlajak. Macam mana benda tu nak kata sedih tinggal kan Ramadhan sebab langsung tak ada perubahan di saat saat akhirkan,

Tapi tak apalah. Insya Allah kita semua masih sempat nak kejar semua tu. Allah masih bagi banyak hambanya peluang. Tugas kita kat dunia ni rebut peluang tu.

Post aku kali ni bukan nak kondem sesiapa. Cuma tugas seorang hamba Allah menasihati hamba yang lain. 
Renungkan lahh


Selamat Hari Raya. Entry harii raya akan menyusul, Insya Allah.

Salam