When Im Sad, Im Being Happy Instead

Friday, 27 September 2013

Wordless Saturday

Okay, selalu orang buat Wordless Wednesday kan. Kali ni meh baca Wordless Saturday pulak. hiks.


Kepada seseorang yang bergelar 'Zauj' yang aku masih tak tahu siapa DIA, dimana DIA, bagaimana DIA :)

Sunday, 22 September 2013

Picture Entry : 7 Adab kepada Ibu Bapa :)







Ahhh entry ni buat alu rindu kan mak ayah aku. 


Thursday, 19 September 2013

Jumaat Penghulu Segala Hari Bagi Orang Mukminin

Okay, sebenarnya mata tak boleh nak pejam. So datang idea nak update blog dan tak tahu nak update pasal apa. Fikir punya fikir, okay ! esok Jumaat. ( means sekarang dah lepas pukul 12 so dah Jumaat lah ) Jom kita share pasal kebaikan hari Jumaat :)



Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat. 


Amalan Sunat Hari Jumaat 


Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Kebaikan Meninggal Pada Hari Jumaat




Soalan:
Ustaz, apakah kelebihan orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat ?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus :
Kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat memang diakui kerana ada diceritakan dalam hadith-hadith sahih bahawa orang yang meninggal pada hari Jumaat akan diamankan daripada fitnah kubur. Ada pendapat ulama yang menjelaskan bahawa roh si mati akan diringankan daripada seksa kubur. Mereka diseksa di dalam kubur, tetapi seksaannya diringankan oleh kerana keberkatan meninggal dunia pada hari Jumaat. Sekalipun orang yang mati pada hari Jumaat itu adalah orang fasiq seperti mana yang diceritakan oleh Imam Nawawi dengan syarat orang itu adalah orang yang beriman dia akan diringankan dari seksaan kubur.
Petikan Soalan dari web Harian Islam. 




Monday, 16 September 2013

Semester Baru

Okay, As a student Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang tak lari dari semester baru. Now dah masuk semester 3. Dah semester 3 aku masih setia menggalas tugas sebagai pelajar yang berdedikasi di Semester baru, kelas baru, kawan baru, subjek baru, lecturer baru, environment baru kira semua baru lah. 

Dah ada junior way ! Dah ada junior maknanya gua ada lah senior. Rasa bangga sekejap bila junior-junior datang rumah nak beli buku sem lepas. Nak buli ? Tak kot. Aku bukan pembuli :) 


Semester 3 ni rasa lebih tenanglah sebab time table tak berapa pack sangat. Tak macam sem 1 dengan 2, pergi kelas rushing gila. macam dah kena kejar hantu. Yang sekarang ni macam pagi ada kelas, petang tak ada. Dan sebaliknya. Jumaat memang free kate kooo haaa. 

Kelas baru ? eemmm.. Sama jelah dekat BKBA tu. 

Kawan baru ? Haa yang ni yang nak cerita ni. Sebenarnya batch aku dalam course Operation Management ramai. Jadi Sem 1 dan Sem 2 Faculti dah pecahkan pada 4 group. Group A,B,C satu kelas. Dan group D bercampur kelas dengan course Marketing. 2 sem macam tu, tapi bila masuk sem 3 kami kena split secara rawak. Makanya, adalah yang berpecah. Memang susah nak terima kenyataan. Yelah, setahun satu kelas, susah senang sesama. Tetiba ada yang kena masuk kelas lagi satu ( termasuk aku ), ramai yang tak dapat kenyataan termasuk yang kelas lagi satu yakni kelas aku sekarang lah. Senang cerita nya kebanyakan budak OM tak dapat terima lah keputusan Fac. Tapi apakan daya kami, kami hanya lah student yang tak ada apa apa. Yang boleh buat terima jelah. And dah seminggu ni Insya Allah okay kot semua. 

Subjek baru ? Macam sem lepas lepas subjek OM sama dengan Subjek Marketing dengan HR. Tapi sem ni dah start lain subjek macam Subjek Operation Management.

Lecturer baru ? Adalah dua 3 orang lecturer baru bagi kelas aku. Macam lecturer bahasa. Cik Syafiqah tak silap nama. Lect QMT, Encik Mawardi.

Environment baru ? Yang ni tak berapa best sebab rumah aku menghadap kampung sekeliling UiTM ni. Lagi satu tempat dia kurang dapat cahaya matahari. Macam sem lepas aku dapat rumah sebelah padang UiTM. Petang petang boleh usya abang abang hot main bola. Hiks, Tapi tak apa, Alhamdulilah :) 



Kbye :D


Saturday, 7 September 2013

MUHASABAH DIRI: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Jom kita baca petua untuk mencuci hati oleh pakar motivasi terkenal kita. Sama sama kita usaha untuk jaga hati kita. Sebelum korang baca, cuba korang klik sini jap. Cerita menarik wooo. Rugi tak baca . Klik tau :) . Dah klik ? Okay, jom kita sama sama bersihkan hati :)







Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Friday, 6 September 2013

Review : Elysium, Bukan Sekadar Fiksyen

Okay, entry yang ni pasal nak buat review sikit pasal filem Elysium arahan Neill Blomkamp dan entry ni kesinambungan dari entry yang ni . Kami masuk panggung lagi berapa minit je cerita nak start. And the first part yang paling seronok masuk masuk je kami terus kena nyanyi lagu Negaraku. Wah ! Sumpah patriotik gila rasa. haha. Tak tahu lah sama ada seluruh panggung kat Malaysia ni kena buat cenggitu atau MBO Sitiawan, Perak je . :) . And lets start the review .



Arahan : Neill Blomkomp
Pelakon : Matt Damon, Jodie Foster, Sharlto Copley, Alice Braga

Elysium ni cerita sains fiksyen dimana penduduk kat dunia pada masa hadapan  ni terbahagi kepada dua. Yang miskin, berpenyakit semua di tinggalkan dibumi dan mana yang kaya tinggal di angkasa lepas yang mana namanya Elysium. Orang dibumi semua teringin nak ke Elysium sebab Elysium ada semua nya. Tapi tujuan utama mereka nak ke Elysium sebab nak sembuh kan penyakit sebab rumah di Elysium ada satu machine yang guna kan teknologi canggih untuk sembuhkan pelbagai penyakit.

Munculnya Max lakonan Matt Damon adalah sebab penyakit dia yang terkena pancaran radioaktif yang tinggi waktu dia bekerja. Dan dia hanya ada masa 5 hari sebelum dia mati. Cara yang paling utama untuk dia hidup dan sihat adalah pergi ke Elysium. Macam macam cara dia buat untuk ke Elysium sehingga sanggup balik pada kerja lama dia iaitu penjenayah. So, kisah Elysium ni adalah 'perjalanan' Max untuk ke Elysium. So, korang memang kena tengok. 

Bagi pandangan aku, cerita ni sangat seronok walaupun agak tak logik. Alaa biasalah, cerita masa hadapan kan yang mana polis semua adalah robot. Serius cerita ni sangat seronok walaupun ada antara kawan aku yang kata tak seronok. Dengan hero yang hanya pakai baju kelabu dengan besi terjojol keluar dari kepala sangat lah style. Dengan part bom-bom, tembak-tembak semua best. Terjerit jerit dalam panggung tengok kepala Max kena tembuk dengan besi. Tehehe. Okay, korang memang kena tengok cerita ni. Rate aku kasi kat cerita ni adalah ★ / 




SB berkata : Apa yang dipaparkan dalam filem ni sebenarnya dah memang berlaku dalam hidup kita sekarang dimana yang miskin ditindas oleh orang kaya. Yang kaya memerintah dunia dan yang miskin hanya ikut telunjuk yang kaya :)

Hangout

Okay, semalam hangout dengan sixth former. Macam biasa lah, yang permenant punya sahabat. Boy, Daus, Wan, Ipah, Umi, Fatin, Shilop, Ikin. Tujuan hangout ni sesaja lah sebab sebelum nak balik kampus memasing ingat nak gathering dulu lah sesama and Alhamdulilah berjaya jugak. The first place kami pergi, main bowling dulu sebab sementara nak tunggu waktu berbuka ( Shilop puasa ). Main 2 game and kebetulan memang kami je yang ada. Memang kami lah conqure pusat bowling tu. Nak buat apa pon tak malu. Shilop dengan Ipah pon hilang malu sebab bola jatuh ke belakang. And the two games Wan menang rasanya. Lupa pulak. Lepas tu kami pergi makan dulu ! Lepas makan pergi tengok wayang. Elysium :) . Entry jap gi pasal Elysium. nak buat review sikit. Rasa tak best pulak combine kan :) . Tunggu aaa ....  









Tuesday, 3 September 2013

Gambar Perkahwinan Abby Abadi Dikritik

Abby Abadi dikritik lagi ? Alahaii, manusia memang tak pernah puas nak kritik orang kan. Sebab apa Abby ni dikritik ? Sebabnya inai yang dia pakai waktu majlis persandingan dia tu dikatakan mengikut budaya Hindu dan dikatakan haram. Namun, Abby mengatakan yang tiada dalil yang mengatakan berinai tu haram asalkan tak melanggar hukum syarak.

Alah, rileks lah korang, benda tu kan dah memang jadi adat kita sekarang. Macam tu pon nak bising lagi? Habis tu kakak kakak, adik adik korang yang kahwin dulu dan siap buat majlis berinai bagi. Macam tu tak haram ?

Jom kita layan gambar Abby dan Farhan bersanding. Sebelum tu, korang kena klik SINI dulu tau. 






Jom layan gambar Abby kawin.







SB cakap : semoga Abby dan Farhan berkekalan sampai bebila, dapat anak cantik cun melecun hot sebab mak dengan bapak sama handsome sama cantik :)