When Im Sad, Im Being Happy Instead

Monday, 30 April 2012

Kenapa Orang Yang Mengumpat Perlu Dihargai ?



--->  Bila kita kena UMPAT, itu maknanya orang tu INGAT kita..
       *Hmm terharunya :) *

--->  Orang yang MENGUMPAT sebenarnya orang yang 'BAIK', sebab dia nak 'TRANSFER' PAHALA dia dekat kita.. 
* Alahaii susah-susah aje tauu :) *

--->  Orang yang MENGUMPAT adalah PENGGEMAR SETIA kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan KESALAHAN & KELEMAHAN kita, jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita..
* Syukur Alhamdulillah! :) *

--->  Si pengumpat sebenarnya CEMBURU dengan kita..
* Alaahaii :) *

--->  Si pengumpat nak JADI MACAM DIRI KITA..That's why dia mengumpat,kan :)


P/S: Sesungguhnya MENGUMPAT itu ibarat memakan daging saudara sendiri..So,janganlah mengumpat...

Sunday, 22 April 2012

Cara Hack Facebook Paling Senang. ( si HACKERS sila baca )

Siapalah yang tak ada facebook zaman sekarang ni kan ? 
Kalau boleh , nenek-nenek jiran sebelah rumah kita pon nak ada facebook kan , nak up to date lah konon .
Seiring dengan arus modenisasi katakan.

Kalau nak tahu facebook ni sangat merbahaya oke .
Mengikut fakta facebook merupakan platform alam maya yang banyak berlaku nye PENIPUAN.
HACK !
ni lagi satu perkara yang DURJANA dalam dunia facebook ni.
dah banyak kawan-kawan aku yang akaun facebook nya kene hack.
ada yang lupa logout lah, apalah.
lepas tu adalah kawan-kawan yang tak bertanggungjawab pergi hack dengan post status yang bukan-bukan.
* tak patut tak patut

Lepas kene hack, 1001 perasaan datang kan .
rasa nak marah lah, sedih lah dan yang paling extreme rasa nak sepak je orang yang hack kite tu kan.
* padahal salah sendiri, lupa nak logout sapa yang suruh ken .

Bukan susah pon nak logout, penat si MARK tu buat button LOGOUT tapi korang tak pakai.
korang tak tau ?
sini aku ajar .
Dekat header atas tu, alaa,, yang warna biru tu lah . ada PROFILE , HOME dan anak panah ke bawah kan? Korang klik je anak panah tu dan nanti akan keluar macam yang dekat bawah ni, korang tekan je  LOGOUT.

* kalau tak tau jugak hentak kepala kat dinding yer .
Bayang kan lah, korang tak buat pon status tu, tapi 4 juta kawan korang tu baca status tu .
MALU beb....

Tapi sabar oke,
AKU ADA JALAN PENYELESAIANNYA .

ni hah dia cara cara nak balas dendam dengan hack facebook si pendajal tu. cara aku ni 100 peratus diyakini tak akan ada sapa yang tahu termasuk lah si empunya akaun.

Nah,
mula-mula sekali,
cari link target korang tu.


Dah copy ?
P/S : kepada sesiapa yang tak tahu nak copy macam mana ,
tekan Ctrl + A ,
lepas tu Ctrl + C
atau rightclick + copy
* yang tak tahu jugak hentak kepala kat dinding lagi sekali

dah ? 
oke, sekarang bukak new tab.
then, paste kan ( Ctrl + V ) link tadi dekat new tab tadi , lepas tu tekan Enter.

sekarang, target korang dah ada dekat new window .
so, senang sikit lah nak buat dajal ni .

Dah ?
next, rightclick dekat mana-mana ruang dekat mangsa korang tu .
Dah ?
then, keluar macam ni kan ?

Dah keluar macam dekat atas ni ?
next, pergi dekat print .
lepas tu korang print lah banyak mana korang nak untuk rujukan di masa hadapan kan .
dicadangkan print colour lah .

dah siap print ?
so, korang dah boleh lah hack target korang tu .

lihat contoh di bawah :
* ekh, hack facebook sendiri pulok . -,-

haaa .. kan dah kena hack tu.
conform tak ada sapa yang tahu kerja korang tu.
dijamin selamat. :)

* chills *

kata-kata falsampah :
korang dah baca entry aku yang tak berguna ni .
 " AKU BUKAN HACKERS "

Thursday, 19 April 2012

Korang Nak Topup Tak payah Keluaq Duet ? ( For Maxis And Celcom Only )

Assalamualaikum . macam biasa anda wajib jawab . Dah maghrib ? :)

Entry kali ini nak cerita pasal cara nak reload topup secara percuma . Mesti korang TERUJA kan ? Haa.. tengok tu, mata korang bersinar-sinar lah . mentang-mentang dengar FREE kan . hee ~~~ ( KORANG? macam banyak follower je gaya nye )




Cara nak reload topup secara percuma ni saya dapat tau daripada seorang kawan yang kerja di kedai telefon di Bandar T_______ ( rahsia lah ) . Duduk berborak punya lama dengan dia, aku pon korek lah rahsia mengenai handphone ni . Mula-mula dia macam keberatan nak bagitahu, tapi lama-lama , pujuk punya pujuk, akhirnya cair jugak lah dia kan :)
Lepas ni korang tak payah lah susah payah pergi ke kedai yang jauh untuk reload handphone korang oke ? Cara mereload yang aku bagi ini halal oke . Tapi korang kene buat cara ini dari 20 Hb hingga 30Hb (kecuali Februari lah ken ) sebab semua talian di upgrade pada tarikh tu .
Cara ini untuk semua talian 012, 017, 013, 019 .

Pertama, korang kena dail 1410057 dan tunggu 5 saat dan korang akan dengar macam bunyi bising . Tunggu sampai bunyi tu hilang dan korang dail balik, 9151 . Tunggu dalam 3 saat dan tekan nombor handphone korang .
Kedua, korang akan diminta untuk memasukkan nombor pin handphone korang dan korang masukkan nombor ni , 0012 5643 9800 . Tunggu sehingga diberitahu nombor pin selesai . ( kalau dalam 1 minit tidak diberitahu, korang ulang balik dari awal ) . Then, korang masukkan nombor 0405 bagi negeri SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN . 0406 bagi negeri LAIN di SEMENANJUNG dan 0407 bagi negeri SABAH dan SARAWAK .
Ketiga, korang akan mendengar operator tu cakap ' for airtime topup press the number 1713 ' selepas korang masukkan nombor tadi korang masukkan sekali lagi nombor handphone korang .Bunyi bising akan ada lagi sekali dan tunggu hilang.
Keempat, dail 445567 diikuti 146 selepas 5 saat . Selepas beberapa saat, lagi sekali operator akan cakap ' your pin number was accepted ' dan terus dail 1007 dan akan dengar ' your key number was accepted ' dan dail lagi 44566 dan akan dengar ' your password was accepted ' . Lepas tu dail nombor korang dan yang TERAKHIR korang akan dengar :

" KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL ! KAT DALAM DUNIA MANA ADA BENDA YANG FREE, NAK MASUK TOILET PON KENA BAYAR 20 SEN , DAH LAH MINYAK NAIK 30 SEN ! BANYAK LAH KAU SEMUA BENDA KAU NAK FREE ! "

dan anda akan terus letak handphone dan maki si penulis blog ini ' jahanam punya penulis blog ni '
:) hee~~ chills oke , sekadar gurauan .
JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL !
bye uolls :)

Tuesday, 17 April 2012

Terbukak Tertutup

Assalammualaikum , jawab jangan tak jawab . sapa jawab saya sayang . hee :)

* Saya adalah budak yang baru nak belajar berblog, jadikan saya memerlukan anda, anda, anda dan anda yang terel dan pro menjadi sifu saya . :)
      ^
* (Statement atas ni tipu) - sebenarnya sebelum ini saya mempunya dua blog sudah, tapi malangnye waktu tu saya tidak begitu serius dalam dunia blog ini . sekarang Insya Allah , saya memerlukan sokongan anda, anda, anda dan anda untuk saya terus bergelumang dalam dunia blog ini . (BERGELUMANG ? awkward lah ayat saya ken ? )

* Blog saya sekarang dalam pembikinan , (PEMBIKINAN? weird lah pulak) . jadi kelihatan agak tidak tersusun dan tidak sangatlah cantik . masih banyak yang perlu dibaik pulih, dan Insya Allah, tak lama lagi cantiklah blog aku nieh :)

* Jadi kepada anda, anda, anda dan anda berminat, jadilah follower saya supaya saya rasa bangga . hee~ tidak lah ! yang nak jadi stalker pon boleh .

kbye uollsss :)