When Im Sad, Im Being Happy Instead

Sunday, 22 April 2012

Cara Hack Facebook Paling Senang. ( si HACKERS sila baca )

Siapalah yang tak ada facebook zaman sekarang ni kan ? 
Kalau boleh , nenek-nenek jiran sebelah rumah kita pon nak ada facebook kan , nak up to date lah konon .
Seiring dengan arus modenisasi katakan.

Kalau nak tahu facebook ni sangat merbahaya oke .
Mengikut fakta facebook merupakan platform alam maya yang banyak berlaku nye PENIPUAN.
HACK !
ni lagi satu perkara yang DURJANA dalam dunia facebook ni.
dah banyak kawan-kawan aku yang akaun facebook nya kene hack.
ada yang lupa logout lah, apalah.
lepas tu adalah kawan-kawan yang tak bertanggungjawab pergi hack dengan post status yang bukan-bukan.
* tak patut tak patut

Lepas kene hack, 1001 perasaan datang kan .
rasa nak marah lah, sedih lah dan yang paling extreme rasa nak sepak je orang yang hack kite tu kan.
* padahal salah sendiri, lupa nak logout sapa yang suruh ken .

Bukan susah pon nak logout, penat si MARK tu buat button LOGOUT tapi korang tak pakai.
korang tak tau ?
sini aku ajar .
Dekat header atas tu, alaa,, yang warna biru tu lah . ada PROFILE , HOME dan anak panah ke bawah kan? Korang klik je anak panah tu dan nanti akan keluar macam yang dekat bawah ni, korang tekan je  LOGOUT.

* kalau tak tau jugak hentak kepala kat dinding yer .
Bayang kan lah, korang tak buat pon status tu, tapi 4 juta kawan korang tu baca status tu .
MALU beb....

Tapi sabar oke,
AKU ADA JALAN PENYELESAIANNYA .

ni hah dia cara cara nak balas dendam dengan hack facebook si pendajal tu. cara aku ni 100 peratus diyakini tak akan ada sapa yang tahu termasuk lah si empunya akaun.

Nah,
mula-mula sekali,
cari link target korang tu.


Dah copy ?
P/S : kepada sesiapa yang tak tahu nak copy macam mana ,
tekan Ctrl + A ,
lepas tu Ctrl + C
atau rightclick + copy
* yang tak tahu jugak hentak kepala kat dinding lagi sekali

dah ? 
oke, sekarang bukak new tab.
then, paste kan ( Ctrl + V ) link tadi dekat new tab tadi , lepas tu tekan Enter.

sekarang, target korang dah ada dekat new window .
so, senang sikit lah nak buat dajal ni .

Dah ?
next, rightclick dekat mana-mana ruang dekat mangsa korang tu .
Dah ?
then, keluar macam ni kan ?

Dah keluar macam dekat atas ni ?
next, pergi dekat print .
lepas tu korang print lah banyak mana korang nak untuk rujukan di masa hadapan kan .
dicadangkan print colour lah .

dah siap print ?
so, korang dah boleh lah hack target korang tu .

lihat contoh di bawah :
* ekh, hack facebook sendiri pulok . -,-

haaa .. kan dah kena hack tu.
conform tak ada sapa yang tahu kerja korang tu.
dijamin selamat. :)

* chills *

kata-kata falsampah :
korang dah baca entry aku yang tak berguna ni .
 " AKU BUKAN HACKERS "

No comments:

Post a Comment