Entry kali ini nak cerita pasal cara nak reload topup secara percuma . Mesti korang TERUJA kan ? Haa.. tengok tu, mata korang bersinar-sinar lah . mentang-mentang dengar FREE kan . hee ~~~ ( KORANG? macam banyak follower je gaya nye )
Cara nak reload topup secara percuma ni saya dapat tau daripada seorang kawan yang kerja di kedai telefon di Bandar T_______ ( rahsia lah ) . Duduk berborak punya lama dengan dia, aku pon korek lah rahsia mengenai handphone ni . Mula-mula dia macam keberatan nak bagitahu, tapi lama-lama , pujuk punya pujuk, akhirnya cair jugak lah dia kan :)
Lepas ni korang tak payah lah susah payah pergi ke kedai yang jauh untuk reload handphone korang oke ? Cara mereload yang aku bagi ini halal oke . Tapi korang kene buat cara ini dari 20 Hb hingga 30Hb (kecuali Februari lah ken ) sebab semua talian di upgrade pada tarikh tu .
Cara ini untuk semua talian 012, 017, 013, 019 .
Pertama, korang kena dail 1410057 dan tunggu 5 saat dan korang akan dengar macam bunyi bising . Tunggu sampai bunyi tu hilang dan korang dail balik, 9151 . Tunggu dalam 3 saat dan tekan nombor handphone korang .
Kedua, korang akan diminta untuk memasukkan nombor pin handphone korang dan korang masukkan nombor ni , 0012 5643 9800 . Tunggu sehingga diberitahu nombor pin selesai . ( kalau dalam 1 minit tidak diberitahu, korang ulang balik dari awal ) . Then, korang masukkan nombor 0405 bagi negeri SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN . 0406 bagi negeri LAIN di SEMENANJUNG dan 0407 bagi negeri SABAH dan SARAWAK .
Ketiga, korang akan mendengar operator tu cakap ' for airtime topup press the number 1713 ' selepas korang masukkan nombor tadi korang masukkan sekali lagi nombor handphone korang .Bunyi bising akan ada lagi sekali dan tunggu hilang.
Keempat, dail 445567 diikuti 146 selepas 5 saat . Selepas beberapa saat, lagi sekali operator akan cakap ' your pin number was accepted ' dan terus dail 1007 dan akan dengar ' your key number was accepted ' dan dail lagi 44566 dan akan dengar ' your password was accepted ' . Lepas tu dail nombor korang dan yang TERAKHIR korang akan dengar :
" KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL ! KAT DALAM DUNIA MANA ADA BENDA YANG FREE, NAK MASUK TOILET PON KENA BAYAR 20 SEN , DAH LAH MINYAK NAIK 30 SEN ! BANYAK LAH KAU SEMUA BENDA KAU NAK FREE ! "
dan anda akan terus letak handphone dan maki si penulis blog ini ' jahanam punya penulis blog ni '
:) hee~~ chills oke , sekadar gurauan .
JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL !
bye uolls :)



No comments:
Post a Comment