
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Kebaikan Meninggal Pada Hari Jumaat
Soalan:
Ustaz, apakah kelebihan orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat ?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus :
Kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat memang diakui kerana ada diceritakan dalam hadith-hadith sahih bahawa orang yang meninggal pada hari Jumaat akan diamankan daripada fitnah kubur. Ada pendapat ulama yang menjelaskan bahawa roh si mati akan diringankan daripada seksa kubur. Mereka diseksa di dalam kubur, tetapi seksaannya diringankan oleh kerana keberkatan meninggal dunia pada hari Jumaat. Sekalipun orang yang mati pada hari Jumaat itu adalah orang fasiq seperti mana yang diceritakan oleh Imam Nawawi dengan syarat orang itu adalah orang yang beriman dia akan diringankan dari seksaan kubur.
Petikan Soalan dari web Harian Islam.


sangat bagus entrynya..salam kenal
ReplyDeletehttp://kenangansilam-ita.blogspot.com/2011/05/