When Im Sad, Im Being Happy Instead

Monday, 26 August 2013

Hati Hati Dengan Permainan Hati

Bila kita mula berkawan dengan seseorang atas dasar nak melangkah ke alam seterusnya, haa kau ingat senang ? Bila hati dah terfikir nak berkenalan dengan seseorang atas sebab nak hidup bersama, atau senang kata nak secara serius mungkin sampai ke alam perkahwinan sangat lah susah. Nak menempuh dari satu fasa ke satu fasa tu banyak sangat halangannya. 
Kita berpegang pada konteks yang Allah dah tentukan  jodoh kita, Jodoh, ajal maut semua dah di takdirkan. Tugas kita sebagai manusia apa? Berusaha mencari apa yang dikatanya 'JODOH'.

SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG ♥
Pesan pada DIRI. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi. Pada insan yang tak mengerti. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."

Quote diatas diambil dari blog Ukhti Azza . 

No comments:

Post a Comment