
Lai Lai Lai~~~ Hye uolllssss .Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita puasa kan dan lagi 5 hari je kita nak raya.Oh my ! cepatnya masa berlalu . Sedih nak tinggalkan bulan puasa yang penuh barakah ni kan .
Terbitnya post ni hari ni sebab nak nyatakan bahawa aku tetibe je rindu dengan arwah atok aku. Tak tahu kenapa makin dekat nak raya makin maha hebat rasa rindu tu .Aku harap kan arwah atok tenang kat sana dan dia ditempatkan di tempat orang yang beriman .
Dengan arwah atok aku masih ingat sebab waktu dia tinggalkan kami semua aku dalam darjah dua atau tiga tak silap aku . Maknanya ingatan aku boleh ingat lagi lah kan . Berbanding arwah opah yang meninggal dulu .
Aku still ingat , waktu arwah atok ada dulu atok selalu datang rumah aku dengan bawak motor ex5 dia dulu . (: .Kadang - kadang datang bawak buah rambutan . Lepas makan rambutan , dia akan bawak kitorang adik beradik jalan-jalan naik motor dia tu *gilir-gilir lah .Bila atas motor tu kitorang dilarang sama sekali bergerak-gerak . Kalau kitorang bergerak sikit mesti dia akan cakap " Jangan gerak-gerak , nanti jatuh " . hehe (: . *atok lawak lah .
Then, kadang - kadang dia akan datang waktu malam . Dulu sebelum kehidupan kami berubah kepada yang agak bagus sekarang , mak dengan ayah cuma meniaga kantin dekat belakang rumah aku ni je . Bila malam-malam dia datang dia mesti tolong bungkus keropok roda-roda tu . *part tu yang paling aku ingat .(: .
Tapi sekarang atok dah takde . Sumpah rindu atok sangat :( .Lagi sekali semoga arwah atok dan opah dicucuri rahmat .

* ni arwah atok dengan amirul rasanya .
* atok dengan kami . Abaikan jelah budak-budak kecik yang dulunya tak matang tu oke (:
akak , apit, amirul , aku
* arwah atok kami hensem (:
bye .
No comments:
Post a Comment