
Hye , Seperti yang diketahui . Aku mempunyai masalah menbuat mukadimah yang sangat lah lemah apabila berblogging . Entah mengapa aku pon tak tahu . Otak seakan membeku bila nak buat mukadimah yang malatops .

Berbalik kepada tajuk . Yer, aku sedang sakit sekarang . Sakit dipermainkan oleh seseorang yang digelar lelaki . Mungkin dia tidak mempermainkan aku , tapi aku seolah merasakan yang semakin lama hati nya bukan lagi untuk aku .
Malah dia sanggup cakap yang sekarang ini dia cuba untuk tidak melayan aku sangat kerana takut dikecewakan . Hello , bila kau cakap macam tu hati aku lagi kecewa , lagi sentap kau tahu . Aku manusia lah . Manusia yang ada perasaan , yang ada nafsu . Aku bukan patung yang boleh di set up kan perasaan nya . Aku bukan juga kerusi , bangku, meja dan sebagainya . AKU MANUSIA YANG ADA PERASAAN.
Aku cuba untuk tidak hubungi kau beberapa hari , Yer mungkin aku boleh bertahan dalam sehari tapi tidak untuk BEBERAPA HARI . Aku merana , tapi tidak tahu lah engkau kan . Bila aku berdiam diri bermakna aku inginkan perhatian dari kau , Tapi apa yang aku dapat dari kau ? Berdiam diri jugak kau bagi pada aku. Adil ke macam tu ?Aku rasa sangat tak adil bagi diri aku . Bila kau buat macam tu , lagi lah aku terasa yang kau memang dah tak perlukan aku lagi . Tapi tolong lah , hati aku masih meronta inginkan kasih sayang kau .
Andai kau tahu , bila terpost nya entry ni membawa maksud hati aku dah cukup robek dikerjakan kau . Tapi ingin aku nyatakan bahawa masih ada lagi sedikit ruang untuk kau yang bernama ALLIF . Andai kau tahu lagi , waktu aku menarikan jari aku di keyboard computer saat ini , air mata aku mengalir deras bagaikan Sungai Nil yang dikocak anaconda . Andai lah kau tahu bahawa hati aku dah cukup sakit dipergunakan kau . Andai kau tahu lagi , walau bagaimanapon hati ini dirasakan , masih ada lagi ruang kasih untuk kau . ANDAI LAH KAU TAHU kan .
Masih aku teringat di awal perkenalan kita dahulu , kau sememangnya seorang yang sangat aku rasakan sesuai untuk aku . Kau baik , segalanya kau . Kau melayan aku seolah aku orang yang ketandusan kasih sayang. Tapi sekarang , pebezaan itu membuat aku rasa kau makin jauh degan aku . aku tak nak perubahan kau . Sumpah aku tak nak ! Sehingga lah saat ini , masih boleh dikira berapa kali kau tak hubungi aku , kalau tidak siang , malam pastinya . Yer , yang itu memang tiada perubahannya , Aku sangat berterima kasih pada kau atas sikap itu . Tapi sikap kau, layanan kau terhadap aku . Sikap kau terhadap aku itu yang membuat aku rasa kau makin jauh .
Sekarang ini hanya aku mampukan berdoa agar kau lah jodoh aku . Ya, Allah dah tetapkan jodoh kita sejak di loh mahfuz lagi . Tapi Dia jugak menyuruh kita untuk mencari nya kan ? Aku sedang berusaha mencari nya dan aku sangat berharap agar kau lah jodoh yang aku cari . Aku sebenarnya sedang berusaha untuk menyelamatkan hubungan ini , masih berusaha untuk meyakin kan dia bahawa selain Allah , Rasul , Al-Quran , dan Keluarga , Dia juga di hati aku .
Selagi sekali andai kau tahu , saat aku menulis . Aku teramat rindu kan kau. Rindu akan suara kau , rindu akan gelak tawa kau . rindu semuanya pasal kau . Andai lah kau tahu
TAPI KAU MEMANG TAK AKAN TAHU KERANA KAU TAK PERNAH NAK AMBIL TAHU.
* hiperbola sungguh ayat - ayat aku :D

No comments:
Post a Comment