When Im Sad, Im Being Happy Instead

Saturday, 26 October 2013

Film Review : Insidious ( Chapter 2 )

Dah tengok Insidious ? Okay, kalau dah tengok Insidious boleh pergi panggung wayang sekarang layan Insidious Chapter 2 pulak okay.


Pengarah : James Wan
Pelakon : Patrick Wilson ( Josh )
               Rose Bryne ( Renai )

Kalau korang dah tengok Insidious yang pertama, Insidious Chapter 2 (IC2) merupakan kesinambungan kepada filem yang pertama itu. IC2 mengisahkan tentang dimana si hantu atau roh jahat tu still belum settle dengan family Lambert dan Josh yang sebenar masih terperangkap dalam alam supernatural. Tapi family dia tak tahu. Dalam IC2 ni pulak adalah giliran anak Josh, Dalton yang selamatkan Josh.

Setelah kematian Elise dalam Insidious, polis telah menyiasat keluarga Lambert dan menuduh Josh sebagai pembunuh Elise oleh sebab bukti yang agak kukuh. Tetapi isteri Josh, Renai cuba menafikan tuduhan tersebut. Tapi, makin lama Renai mula rasa pelik dengan sikap Josh yang dah mula lain. 

Sementara polis menyiasat kes kematian Elise, mereka sekeluarga menumpang duduk di rumah emak Josh, Lorraine. Tapi dekat rumah Lorraine mereka tetap diganggu perkara perkara aneh macam piano berbunyi sendiri dan sebagainya. Renai dan Lorraine sering diganggu dengan seorang perempuan yang berpakaian putih dan menyeramkan walau pun siang hari. 

Lorraine cuba pergi bertemu dengan pembantu Elise iaitu Specks dan Tucker untuk tanya tentang kemusykilan perangai Josh yang semakin pelik. Diorang pula cuba mendapat kan pertolongan Carl. Carl ialah kawan Elise yang agak arif tentang dunia supernatural dan Carl pernah membantu Elise untuk ubatkan Josh ketika Josh masih kecil. Dengan pertolongan Carl, seterusnya mereka didedahkan dengan kisah Parker Crane seorang bekas pesakit Lorraine.





Apa pulak lah kaitan dengan Parker Crane ni kan ? Siapa sebenar nya Josh ni ? Kenapa sikap Josh makin berubah ? Nak tahu ? Korang kena tengok sendiri lah. Bagi aku, arahan James Wan kali ni sangat menjadi walaupun pada mulanya aku tak faham cerita ni. Susah jugak sebenarnya aku nak kaitkan dengan cerita yang pertama. Tapi bila dah tengok lama-lama baru faham.

Okay, rating untuk cerita ni adalah 4/5 .
*Patrick Wilson tetap jadi pujaan hati ku :)



Jom layan trailer cerita ni jap. 





No comments:

Post a Comment