When Im Sad, Im Being Happy Instead

Friday, 25 October 2013

9 Gambar Tragis Pegawai Bank Maut Di Tembak Pegawai Keselamatan

Sumber Copy Paste TengokTVOnline


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila di tembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru 'pump gun' yang dilepaskan oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal daripada Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku disebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu. Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata itu dikatakan telah 16 tahun bekerja di bank tersebut.





MANGSA :

Nama penuh : Norazita Abu Talib
Umur : 37 Tahun
Pekerjaan : Pegawai Bank Ambank
*Ibu kepada dua orang anak


*Takziah kepada keluarga mangsa

SUSPEK :

Nama penuh : Ardi bin Hamza
Umur : 37 Tahun
Pekerjaan : Pegawai Keselamatan Ambank
Alamat : Jalan Apas Batu No.27 Tawau Sabah
No IC : 770818-12-6712



**Maklumat mengenai suspek, Ardi Hamzah telah berjaya ditahan di LCCT ketika hendak membeli tiket untuk melarikan diri ke Sabah adalah PALSU. Polis masih giat mengesan suspek!

***Gambar sengaja dikaburkan dan video CCTV tidak dimasukkan untuk menghormati keluarga mangsa.




* Kenapa orang sekarang dah hilang perikemanusiaanya ? Mana perginya tamadun manusia ? Dah hilang ? Hilang kemana ? Entah ! Tepuk dada tanya iman masing masing. Mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Puan Norazita, Semoga roh nya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin . Takziah juga kepada keluarga Arwah Puan Norazita . 

6 comments:

  1. innalillahi wa innailaihirojiun... mmg sedih berita ni... tak dapat bayangkan macam mana anak2nya... trauma barangkali... :( al-fatihah

    ReplyDelete
  2. innalillah...sedihnye ya Allah... terbayangkan...mcmanelah anak2 allahyarhamah tunggu ibunya pulang dr tempat keje, tetibe dengar berita sedih ni......Alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk magsa. Harap anak anak mangsa tabah :'(

      Delete
  3. mesti semua org tkt dengan guard yang bersenapang nanti.... sy pon tkt jugk nk pergi bank.. ayooo.... negara sendiri pon dah x selamat....

    ReplyDelete