When Im Sad, Im Being Happy Instead

Sunday, 17 February 2013

Khasiat Buah Markisa dan Cara Membuatnya.

Assalammualaikum orang kampung sekalian ! Okay, hari ni ceq nak buat entry pasai BUAH MARKISA. Hangpa tau apa tu MARKISA ? Haa ! Meh ceq nak bagitau hangpa semua . Ohh ! Sebelum tu ceq nak bagitau mood entry kali ni mood cakap utara . Hoho.

Pernahkah hangpa semua dengaq nama Buah Markisa? Sekali pandang ia mirip seperti buah delima termasuklah isinya sekali. Buah Markisa ini juga ternyata mempunyai pelbagai khasiat.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya tentang buah
markisa kerana buah ini tidaklah begitu popular di Malaysia. Namun bentuk fizikal dan isi buah ini mirip seperti buah delima.Markisa atau nama saintifiknya Passiflora Edulis merupakan sejenis tanaman dari jenis Passiflora dalam kategori Passifloraceae. Pokok
 markisa ini terdapat di kebanyakkan negara tropika dan sub tropika. Buah Markisa telah dikaji secara saintifik akan khasiatnya yang mampu merawat masalah kulit.

Buah markisa mengandungi nutrient seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tidu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pencerah yang menjadikan kulit lebih gebu dan bersih.
Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi dan sensitif. Markisa juga mampu memisahkan dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, buah markisa juga meningkatkan kesegaran kulit dan merangsang pertumbuhan sel muda pada lapisan kulit wajah. Markisa mengandungi vitamin c yang tinggi serta anti oksida.
Ada banyak khasiat lain yang dimiliki oleh buah markisa seperti yang ada dibawah ini :

*     Memulihkan Kanser
*     Mengatasi insomnia
*     Mengatasi batuk
*     Anti alergi
*     Menenangkan anak hiperaktif
*     Melancarkan perjalanan Haid
*     Menjaga kecantikan wajah
*     Menurunkan kolesterol
*     Melancarkan peredaran
darah
*     Antiseptik
*     Antibodi

Memang amat jarang kita dengar tentang buah Markisa. Jangan kata jarang, mungkin ada yang langsung tidak pernah mendengar. Rupanya memang seakan-akan sama dengan buah delima. Walaubagaimanapun buah ini jelas kaya dengan pelbagai khasiat di dalamnya.




Sumber : MalaysiaKini.net

Okay ! Okay ! Okay ! Turn aku pulak naaa . Aku nak tunjuk kan hangpa semua cara nak buat jus BUAH MARKISA ni . Dia benda senang ja . Buah ni sebenaqnya boleh makan macam tu saja, buat jus pon boleh . Macam macam ah ! Laa ni nasib baik rumah aku ada pokok ni dan buah dia Ya Allah ! Sangat bersyukur . Sentiasa ada. Kira tak dak lah mengidam nak makan buah ni .




* pokok depan rumah .

CARA MEMBUAT JUS MARKISA.

Pertama sekali tentu lah kita kena ada bahan bahan dia kan .





Kita kena ada :
1) gula
2) air sejag
3) ais batu ( nak panaih pon boleh )
4) dah tentu lah buah markisa.

Lepas tu kita kena potong markisa tu then keluaq kan isi dia . Macam ni





Lepas tu tus kan jus dia sebab jus dia ni melekat dekat biji dia tu .





Dah tus kan ? Tus lah sampai hangpa rasa jus dia dah habis kat biji tu .
Lepaih tu, hangpa kena campuq dengan ayaq sejag . ( ayaq ikut keperluan hangpa lah . Kalau banyak buah markisanya banyak lah ayaq sebab kalau jus dia terlebih, nanti masam )





Dah bubuh ayaq , hangpa letak lah gula . Jangan banyak sangat . Nanti hangpa kena kencing manis !





Okay, kacau bagi larut gula tu . Then letak ayaq batu !!! Siap !!






Boleh dinikmati seisi keluarga -,-

Itu saja entry kali ni .

*aku rasa macam tak utara sangat lah

Last, pesanan penaja :



* JANGAN NAKAL NAKAL :)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment