
Bila jiwamu tidak tenang dan bila hatimu terasa penuh dengan kekotoran maka tenangkannya serta sucikannya dengan membaca Al-Quran kawan2ku. Sesungguhnye Al-Quran dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
Selain membaca Al-Quran, berzikir juga salah satu cara untuk kita tenangkan jiwa kita ni kerana cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:
“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Kawan kawan semua Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.
Petua dan tip kesihatan yang banyak terdapat dalam al-Quran, hadis, sunnah dan kisah sahabat merupakan yang terbaik untuk diamalkan dalam menjalani kehidupan.
Berzikir dapat menguatkan diri kita. Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar); masing-masing 33 kali setiap kali, pada setiap hari.
Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan baginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir. Kalimah ini sebenarnya menguatkan jasad kita.
Setiap yang berlaku pada diri kita, sebaiknya kita tahu akan puncanya untuk memudahkan kita menanganinya, kepada kawan2 bloggers nurul, untuk menjadi manusia yang tenang dan suci hatinya kita kena tahu akan asal usul kita dan siapa yang jadikan kita kerana hanya DIA yang mampu memulihkan diri kita ini.
Sesiapa yang hatinya tidak tenang boleh lah amalkan doa ini :
bye



No comments:
Post a Comment