When Im Sad, Im Being Happy Instead

Friday, 27 December 2013

Langkawi Trip #Part 2

Hye semua. okay, tak mau panjang cerita. Kali ni nak sambung cerita pasal Langkawi hari tu. Ini kira kesinambungan hari kedua lah sebab baru sekarang curi masa untuk update dari laptop. Sebelum ni semua update dari Bloggeroid-Handphone.

Okay, aktiviti kami dimulakan dengan bangun pagi, gosok gigi, cuci muka basuh kaki. Biasalah sarapan pagi yang dibawa khas oleh abang abang travel agencies. Dah siap sarapan kami semua bersiap siap lah untuk jenjalan. Tempat pertama kami pergi hari tu adalah kilang gamat. Tempat tu tempat jual mintak gamat lah. Bayangan aku kilang tu besar rupanya biasa je. Dan kat situ kami dapat lah tengok macam mana dia masak gamat tu. Dan sebenarnya gamat yang asli bila dimasak dan kita boleh rendam tangan kita dalam tu. Serius tak panas dan hanya rasa suam suam je.





Dan lepas kami ke kilang gamat, Kami semua rushing pergi  Pantai Chenang balik sebab nak pergi UnderWater World. Tapi dah sampai sana mana ada siapa yang masuk pun. Semua buat hal masing masing. Ada yang lepak Pantai Chenang ahh, budak lelaki apa lagi, memborong bahan bakar la. 

Tangga UnderWater World. Duduk kat tangga je.


Lepas dalam sejam kami dekat Pantai Chenang, so time ke Cable Car pulakkk. Sebelum tu kami makan makan dulu. 
















 gambar aku tak banyak that day sebab aku gayat hoiii. hiks, 

Then sampai petang lah kami lepak lepak kat Cable Car. Petang tu abang abang tu hantar kami balik Apartment sebab malam tu ada aktiviti lain. Abang tu ambik kami pukul 8, sempat jugak lah gua dan kawan kawan terjun swimming pool. kekeke.

Malam tu kami pergi makan chicken chop upmhh punya. Memang orang datang Langkawi akan cari kedai ni ahh sebab kedai ni murah. Satu pinggan 5 hengget je. Then sedap.

Lepas makan kami ke downtown. 
Satu van pergi karaoke, 2 van lagi balik sebab tak larat katanya. Van yang balik tu van kami lah. huhuhu.

Part yang last yang malas nak cerita ni. Biar lahh.

Kbye.
Part 3 to be continueddd...

1 comment: